Wednesday, 12 October 2016

Dugaan dari Alllah

 Assalamualaikum.


Its been a while. Dah lama tak menulis cerita a.k.a actually menaip. Tajuk macam islamik tapi tak adalah. Dugaan dari Allah. Itu tajuk yang aku bagi. Kalau nak diikutkan setiap orang akan merasai dugaan atau cabaran yang Allah bagi. Setiap apa yang Allah bagi itu semuanya berlainan dengan orang lain.

Sebab tajuk pun "Dugaan dari Allah" so cerita mestilah tentang kesusahan dan kesenangan yang Allah dah bagi. Cerita dia masa final exam sem 1 aku ada masalah keluarga sampai aku menangis jugaklah. Stress sampai aku rasa aku nak berhenti belajar. Aku rasa aku dah tak boleh tahan so aku luahkan dekat kawan yang aku percaya. Dialah orang yang paling supportive dan orang yang paling berfikiran positif pernah aku jumpa. Dialah orang yang bagi nasihat dekat aku dan support aku.

Sebenarnya nak cerita yang dah masuk dua sem dah aku sambung belajar. Setiap pelajar mesti dan aku gerenti akan stress dan stress ini tak dapat dipisahkan dari setiap orang. Sekarang ini bulan exam. Final exam bulan paling stress dan paling free. Paling stress sebab nak kena study, paling free sebab ada gap antara paper.
Aku teruskan jugak exam, walaupun aku rasa macam tak terdaya. So cerita dia sekarang memang result aku tak gempaklah kan tapi aku teruskan jugak untuk sem dua ni. Sem dua pulak aku ada masalah tentang kawan-kawan. Member yang supportive tadi duduk tingkat 11, aku tingkat 6. Memang dah jarang jumpa but still in contact. Ada satu hari tu aku nangis sebab mungkin dah terlalu lama pendam. Aku whatsapp dia tanga dia dekat mana. Dia kata dia dekat rumah so aku tak bolehlah nak pinjam bahu dia. For sure aku menangislah kan. 

Walaupun kita orang berborak melalui whatsapp sahaja tapi dia tahu macam mana perasaan aku. Aku just taip nama dia and dia tau aku tengah sedih. Susah kan nak dapat kawan yang tahu susah, senang,gembira dan sedih. She gives a lot of advice. She said that she is admiring me because I can live on my own. Whenever I ant to go out, I just can go alone without company. Speaking kau. Inipun tak tahu betul ke tak grammar. Tak apa, janji ada usaha. Kalau salah silalah betulkan. Dia cakap lagi  hiraukan semua benda yang mengacau hidup aku. Kita kan nak grad sama-sama. Nak dapat kan segulung diploma. Nantikanlah segulung diploma dari aku. Insha Allah. Amin


Friday, 17 June 2016

Komander Kesatria


Assalamualaikum.

Lama dah aku menghilang tak update apa-apa cerita dekat blog ni. Sekarang ni aku dah masuk sem 2. Asalnya aku tulis ni masa cuti sem haritu tapi dah terlajak sampai ke harini.Sebenarnya aku nak cerita tentang LIBK (Latihan Intensif Bakal Komander). Masa aku dekat sekolah,tak kiralah sekolah rendah ataupun sekolah menengah, aku memang tak aktif dalam bidang sukan ataupun senang cerita kokurikulum. Nak kata aku aktif dalam bidang akademik tu tak adalah tapi aku banyak masuk pertandingan dalam bidang akademik berbanding kokurikulum.Biasanya kalau aku masuk pertandingan dalam bidang sukan memang aku takkan menang. So, sebab itulah aku tak sukan sangat bersukan ni.


Bila aku masuk Universiti, nak kata aktif tu tak adalah tapi aku sanggupkan diri aku untuk cuba benda baru. Masa sem 1 ada koko, ada kawad kaki. Aku beranikan diri untuk masuk dan menyertai Komander Kesatria UiTM Seremban 3. Komander Kesatria ni bukannya berkawad je. Sebelum bergelar Komander mestilah ada kursus. LIBK.









 Tangan tu bukan tangan lelaki tu. Jangan salah faham.









This is me.



Dah sebulan berlalu, bila nak cerita balik memang dah lupalah kan.
Next, KKEC (Komander Kesatria Endurance Challenge).
Program Komander Kesatria.
Program ini untuk menguji ketahanan. Banyak kenangan manis. Dapat bergaul dengan Komander senior. Dapat kenal dengan Komander UiTM yang lain.



















 




P/S: Yang gelap, baru lepas balik LIBK, tak sempat nak cerahkan kulit. 

Monday, 4 April 2016

Study


Assalammualaikum.

Lama dah tak tulis cerita or apa-apa jelah yang boleh ditulis. Bila dah sambung belajar ni memang busy. Kena aktif. Masuk kelab sana, masuk kelab sini tapi aku jadi ahli biasa jelah. Nak jadi ahli jawatankuasa tu belum sampai masanya lagi. Nak kata busy sangat tu takdelah mana pun. Busy dia tu bila lecturer bagi assignment, nak quiz, test & final exam. Itu je time yang paling busy.

Masa aku tengah tulis ni, sepatutnya aku ulang kaji. Esok exam. Tak sedar diri and aku rasa macam taknak study kejaplah. Lepastu aku teringatlah pulak dekat blog aku ni yang telah lama menyepi. Teruslah bukak and menulis (menaip). 

Esok ACC 106. Financial Accounting.
Masa aku form 4, aku ambil ICT tapi mak aku suruh tukar ambil Prinsip Akaun. Tapi aku taknak sebab malas nak jumpa pentadbir. Lepastu, bila dah masuk uni, aku kena belajar akaun. Menyesal jugak taknak dengar cakap mak. Itu jelah nak cerita. 

Bye.