Sunday, 23 March 2014

Apam Balik


                                                       
Assalamualaikum.
Hari ni hari kedua cuti sekolah jadi aku pun berseronoklah.Tak adalah berseronok sangat cuma bila cuti perkara biasa yang dibuat makan,belajar memasak,buat kerja sekolah,kemas rumah,tengok tv dan menghabiskan masa yang terluang.Masuk bab belajar memasak tu adalah hari-hari cuma kadang-kadang jelah.Tengah sedap tengok YouTube cerita ''Please Be Careful With My Heart'' ummi pulak panggil suruh buat apam balik.Aku pun ''Haa' apam balik'' ''A'ah apam balik'' ummi aku cakap balik.Aku pun berlari pergi dapur(macam jauh je dapur rumah ''ummi'' aku)mana resipi ? Ummi aku bagi buku(buku resipi mak aku).Lepas tu, aku ingatkan nak jadi pembantu chef a.k.a ummi,tapi ummi suruh aku buat pulak.Apakan daya, buat jelah, kalau tak buat nanti jadi anak derhaka, aku taknak jadi anak derhaka.So tengok resipi siapkan barang lepas tu baru buat.


Barang-barang A :

- 2 cawan tepung naik sendiri - di ayak 
- 1/4 cawan gula
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- sedikit pewarna kuning
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan susu segar/susu pekat(aku guna susu pekat)
- 2 cawan air
- sedikit garam

Bahan-bahan B :

- gula
- kacang tanah yang dah dikisar
- jagung(dalam tin)
* kalau nak tambah benda lain pun boleh macam coklat


Cara-cara :

- Pukul gula dengan telur sampai kembang
- Masukkan soda bikarbonat,serbuk penaik,susu pekat dan pewarna kuning (pukul sehingga sebati)
- Masukkan adunan kedalam gula dan telur dan pukul sehingga sebati(pastikan tepung tak berketul-ketul)
- Lepas tu panaskan kuali dan masak
- Nikmati apam balik anda ^_^





Dalam bekas merah jambu tu gula.



Adunan telur dengan gula.



Pukul sehingga sebati.

Adunan yang telah siap.

Bahan-bahan B, tabur dekat atas adunan masa atas adunan kuali yang panas.

Masak



Yang ini gambar Google.






          
*Selamat Mencuba