Wednesday, 12 October 2016

Dugaan dari Alllah

 Assalamualaikum.


Its been a while. Dah lama tak menulis cerita a.k.a actually menaip. Tajuk macam islamik tapi tak adalah. Dugaan dari Allah. Itu tajuk yang aku bagi. Kalau nak diikutkan setiap orang akan merasai dugaan atau cabaran yang Allah bagi. Setiap apa yang Allah bagi itu semuanya berlainan dengan orang lain.

Sebab tajuk pun "Dugaan dari Allah" so cerita mestilah tentang kesusahan dan kesenangan yang Allah dah bagi. Cerita dia masa final exam sem 1 aku ada masalah keluarga sampai aku menangis jugaklah. Stress sampai aku rasa aku nak berhenti belajar. Aku rasa aku dah tak boleh tahan so aku luahkan dekat kawan yang aku percaya. Dialah orang yang paling supportive dan orang yang paling berfikiran positif pernah aku jumpa. Dialah orang yang bagi nasihat dekat aku dan support aku.

Sebenarnya nak cerita yang dah masuk dua sem dah aku sambung belajar. Setiap pelajar mesti dan aku gerenti akan stress dan stress ini tak dapat dipisahkan dari setiap orang. Sekarang ini bulan exam. Final exam bulan paling stress dan paling free. Paling stress sebab nak kena study, paling free sebab ada gap antara paper.
Aku teruskan jugak exam, walaupun aku rasa macam tak terdaya. So cerita dia sekarang memang result aku tak gempaklah kan tapi aku teruskan jugak untuk sem dua ni. Sem dua pulak aku ada masalah tentang kawan-kawan. Member yang supportive tadi duduk tingkat 11, aku tingkat 6. Memang dah jarang jumpa but still in contact. Ada satu hari tu aku nangis sebab mungkin dah terlalu lama pendam. Aku whatsapp dia tanga dia dekat mana. Dia kata dia dekat rumah so aku tak bolehlah nak pinjam bahu dia. For sure aku menangislah kan. 

Walaupun kita orang berborak melalui whatsapp sahaja tapi dia tahu macam mana perasaan aku. Aku just taip nama dia and dia tau aku tengah sedih. Susah kan nak dapat kawan yang tahu susah, senang,gembira dan sedih. She gives a lot of advice. She said that she is admiring me because I can live on my own. Whenever I ant to go out, I just can go alone without company. Speaking kau. Inipun tak tahu betul ke tak grammar. Tak apa, janji ada usaha. Kalau salah silalah betulkan. Dia cakap lagi  hiraukan semua benda yang mengacau hidup aku. Kita kan nak grad sama-sama. Nak dapat kan segulung diploma. Nantikanlah segulung diploma dari aku. Insha Allah. Amin