Monday, 4 April 2016

Study


Assalammualaikum.

Lama dah tak tulis cerita or apa-apa jelah yang boleh ditulis. Bila dah sambung belajar ni memang busy. Kena aktif. Masuk kelab sana, masuk kelab sini tapi aku jadi ahli biasa jelah. Nak jadi ahli jawatankuasa tu belum sampai masanya lagi. Nak kata busy sangat tu takdelah mana pun. Busy dia tu bila lecturer bagi assignment, nak quiz, test & final exam. Itu je time yang paling busy.

Masa aku tengah tulis ni, sepatutnya aku ulang kaji. Esok exam. Tak sedar diri and aku rasa macam taknak study kejaplah. Lepastu aku teringatlah pulak dekat blog aku ni yang telah lama menyepi. Teruslah bukak and menulis (menaip). 

Esok ACC 106. Financial Accounting.
Masa aku form 4, aku ambil ICT tapi mak aku suruh tukar ambil Prinsip Akaun. Tapi aku taknak sebab malas nak jumpa pentadbir. Lepastu, bila dah masuk uni, aku kena belajar akaun. Menyesal jugak taknak dengar cakap mak. Itu jelah nak cerita. 

Bye.