Tuesday, 6 October 2015

Kini


Assalamualaikum. 

Lepas sebulan barulah nak tulis cerita baru. Sebenarnya kadang-kadang aku rasa nak tulis dalam Bahasa Inggeris tapi aku takut kalau tatabahasa aku salah. Macam baru-baru ni. Nak kata yang aku ni pandai Bahasa Inggeris tu tak adalah sangat. Biasa-biasa je. 

Tapi orang sekarang ramai sangat yang suka menjadi juri walaupun tak ada sesiapa pun yang suruh. Aku mengaku yang aku pun suka kritik orang tapi kalau bab-bab pendidikan atau kepandaian tu tak adalah. 

Kalau dia tak pandai, ajar.
 Kalau dia salah, tegur dengan cara yang baik.

Bukannya dengan cara memalukan dia di depan khalayak ramai. Kalau dia dah rasa malu dan tak yakin terhadap diri sendiri, kau rasa dia ada perasaan ingin tahu lagi tak ? 

Lain orang, lain perangainya.

Macam yang baru jadi, dia tulis dalam Bahasa Inggeris and adalah "beberapa orang ni" yang menyalahkan dia sebab guna Bahasa Inggeris. 

Hello ? Sekarang dah tahun berapa ? Tak salah kalau nak tulis bahasa apa sekali pun. Kalau tak faham, boleh je pergi Google translate. Boleh dia tolong kau terjemahkan. Apa guna internet ? Setakat kau main Instagram, Facebook & Twitter je ke ?


Note: Sorrylah ter "emo" dekat hujung-hujung. 

Wednesday, 5 August 2015

RM 2.5 billion





Sedang aku merenung keluar rumah dekat pintu, ummi aku ajak makan. Ummi pun tanyalah.

Ummi :Kau pandang apa dekat luar ?
Aku :Saja. Mana tahu ada duit RM 2.6 billion nak turun dari langit.
Ummi : Kau tak payahlah nak tunggu duit banyak tu turun dari langit. RM 2 pun belum tentu kau dapat dari langit.
Aku : Hahahahah (Aku memang gelak terbahak-bahak)



Saturday, 25 July 2015

Cerita Rayaku


Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.

Tajuk macam tajuk drama. Nak bagi tajuk yang dramatik tu tak dapat aku nak fikirkan. Cerita Rayaku tahun ini tak adalah meriah sangat macam tahun-tahun yang lepas. Bagi aku meriah itu macam dapat buat biskut raya sama-sama. Lepas itu satu hari sebelum raya mesti masak macam-macam tapi tahun ni tak adalah masak macam-macam. Masak biasa-biasa aje. Macam rendang daging, nasi impit, kuah kacang & ayam masak merah. 

Masak pun tak banyak sebab penat berniaga tak hilang lagi. Mana tidaknya, lagi dua hari nak raya baru berhenti niaga bulan ramadhan. Hujung-hujung ramadhan memang ramai orang datang bazar ramadhan. Jadinya semakin hari semakin banyaklah kuih yang nak kena buat. Sampaikan minggu terakhir ramadhan tu ummi(my lovely mom) tambah lagi satu meja. Sebabnya tak ada tempat lagi nak letak kuih muih.Satu hari biasanya ada lebih kurang 11 jenis kuih. Lepas itu ada 5 atau 6 jenis lauk.

Kau tengok ! Dah Cerita Ramadhanku pulak. Tak apa. Masuk topik Cerita Rayaku pulak , OK ? Raya tahun ni aku masih dapat duit raya. Tapi ada seorang jelah yang tanya sekolah lagi ke? Dia tanya sebab dia tak nak bagi aku duit rayalah tu. Kebetulan pulak said badan aku dengan adik aku lebih kurang sama. Sepupu aku banyak tanya dekat Ummi , "sejak bila ada anak kembar ni ?"

Aku gembira sangat. Senyum bukan sampai ke telinga tapi sampai belakang kepala. Hahaha. Sebab nanti orang ingat aku lebih muda. Bukan sebab untuk dapat duit raya tapi saja. Nanti balik rumah, adik aku cakap " orang tadi buta ke ? Tak dapat beza adik kakak atau kembar? " Tak apa adik, mulai sekarang akak akan berusaha untuk menambah ketinggian. Tapi tak nak lah makan ubat " yuk yuk tambah tinggi yuk ".

Hari raya ketiga dah buat makan-makan. Bangun pagi basuh pinggan dengan cawan dan barang-barang yang sewaktu dengannya. Kalau tolong masak tu tak adalah sangat sebab Ummi masak simple je.

Tahun ni kali kedua aku jalan raya dengan kawan-kawan aku. Nak kata jalan raya tu memang menipu namanya. Bukan jalan beraya tapi pergi jalan- jalan cari makan dekat mall. Aku pergi tengok wayang. Tengok poster macam best sekali tengok macam apa je. Tak best langsung. Tambah dengan kejadian yang aku sendiri tak nak ingat. Hahaha. Gelak jelah mengingatkan peristiwa hitam tu. Kalau ada budak-budak yang ikut hari itu baca ni, kau orang pun gelaklah sekali. Ingat lagu 182 sekali tau.
Yang Ikmal nyanyi dekat whatsapp.




OK. Itu sahajalah Cerita Rayaku tahun ini. Kalau ada sesiapa yang mengenali aku nak datang rumah untuk beraya, dialu-alukan. Datanglah raya. Aku tak halang.



SELAMAT HARI RAYA. 

Thursday, 16 July 2015

Resipi

Assalamualaikum. 


Dah nak hari raya baru nak letak resipi. Busy. Satu perkataan yang boleh memberi maksud yang mendalam. Katako. Memang busy. Setiap hari ahad sampai jumaat berniaga dekat bazaar ramadhan. Mana dengan penatnya lepas tu nak tulis resipi  lagi kan. 

Masa tulis ni pun tengah buat biskut raya. Selagi biskut raya tak siap, selagi itulah aku tak tidur. Macam mana nak tidur ? Semua orang yang buat biskut ni dah tidur. Kalau aku tidur jugak memang hanguslah biskut aku.

Raya tahun ni mungkin dua jenis biskut je. Hari ni hari terakhir ramadhan. Jadi kebiasaannya aku akan tolong mak aku masak. Macam biasa, rendang ayam, nasi impit & macam-macam lagi. 

Macam aku cakap tadi, aku buat dua jenis. Mungkinlah. Kalau ada masa lagi aku tambahlah lagi. Tahun ni aku buat biskut sarang semut dan biskut chip coklat. Tapi sarang semut aku tak ada rupa biskut sarang semut. Sebabnya malas and tak cukup masa nak buat. So, aku bulat-bulatkan dia lepas tu masukkan dalam bekas. 

Macam nilah.


Biskut chip coklat pulak tengah bakar sekarang ni. Kejap lagi ada gambar maksudnya dah masaklah tu. Fresh from oven.

Sekarang ni aku nak bagi resipi biskut chip coklat.

Bahan-bahan
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 biji telur
3 cawan tepung
2 sudu the esen vanilla
1½ sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
2 cawan chip coklat
1 cawan badam cincang ( bakar dulu )


Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 170°C
Pukul mentega, gula & gula perang sehingga kembang dan sebati
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masukkan tepung, baking soda dan garam ( diayak ) diikuti badam dan chip coklat
Masak 10 hingga 15 minit sehingga keperangan




Rasa macam penjual biskut raya pulak.


Macam korang tengok dalam gambar saiz biskut tu lain-lain sebab aku tak sukat pun. Aku bulat-bulatkan doh tu lepas tu letak je atas dulang. Lepas tu bakar.

Saiz tu terpulanglah dekat korang sama ada nak buat besar atau kecil. Kalau nak siap cepat buatlah besar-besar tapi takkanlah nak bagi tetamu makan biskut yang besar pulak kan. Pandai koranglah ye. 

Resipi kuih muih pulak, nanti lepas raya dan kalau ada masa lapang gerenti aku letak punya. 


P/s: Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Bagi sesiapa yang tahu rumah aku, jemputlah datang ke rumah. Gerenti dapat makan biskut raya hasil air tangan aku.

Sunday, 28 June 2015

Bazar Ramadan

Assalamualaikum. 
Salam Ramadan. 

Sepanjang bulan Ramadan ni aku berniaga dekat bazar ramadan. Bazar ramadan dekat kampung aku je. Kampung Ulu Teris dekat Sungai Pelek, Sepang. Sebenarnya aku nak cerita yang aku(kebanyakan Ummi aku yang buat) masak. Hahaha.

Ada menu yang sama setiap hari. Ada juga yang akan bertukar-tukar. Kalau semua sama setiap hari naik muaklah semua yang datang gerai tu. 


Menu yang sama setiap hari macam yang dekat belakang tu. 

Nasi ayam, laksa penang, nasi biasa, bubur(tapi setiap hari bubur yang berbeza) kuih akok, kek coklat, kek batik, karipap, badak berendam, roti sardin & donut.

Ada pelbagai menu yang berbeza-beza macam bingka ubi, kuih lopez, buah melaka, seri muka, talam ubi, tauhu sumbat, ayam masak merah, ikan keli masak lemak cili api, sambal paru, daging masak kicap dan macam-macam lagi. Kalau tulis lagi lambat nak habis.

Kalau nak tulis resipi dekat sini satu-satu memang tak tidurlah aku nampaknya. Nanti kalau aku ada masa, aku letak beserta gambar. Silap-silap resipi biskut raya pun aku letak. 


Nampak tak? Banyak kan ? 
Hihi.

Selamat berpuasa dan berbuka puasa.✌

Note: Kuih paling senang nak buat bagi aku ialah badak berendam & buah melaka.

Thursday, 18 June 2015

Pengalaman di PLKN . Part 3

Assalamualaikum.

Hari ni aku sambung lagi cerita aku tentang "Pengalaman di PLKN. Untuk Part 3 kira macam endinglah sebab dah part 3 kan. Aku rasa macam dah banyak. 

Untuk part 3 ni aku nak cerita masa bulan kedua . Tapi kumpulan aku hanya dua bulan setengah je. Dari awal bulan Disember hingga tengah bulan Februari. Hujung bulan Januari aku jatuh sakit. Demam panas. Aku cakap dalam hati "Dah nak balik barulah nak jatuh sakit ?" Tapi dah nak demam nak buat macam mana kan. Mula-mula kena demam masa pagi sebab pagi tu aku rasa macam entahlah lesu je. Minggu tu kelas kita orang petang sebab kita orang ada raptai majlis penutup. Jadi petang tu aku rasa badan aku panas , aku suruh kawan aku Hawa rasa dahi aku. Dia cakap panas. Aku rasa macam nak pergi medik tapi bagi aku selagi tak teruk sangat tak payahlah nak pergi. Lepas solat asar kawan aku suruh pergi medik sebab dah panas sangat. Dah berkumpul semua aku pergilah pergi medik dengan kawan aku Tikah. Masa aku pergi medik hanya Allah yang tahu macam mana rasanya. Penat sangat.

 Dah sampai medik, medik dah tutup. Aduhai ! Kenapalah medik tutup? Nak patah balik aku tak nak sebab itu laluan wira jadi aku teruskanlah juga. Sampai dekat padang kawad aku baring je. Dah pukul 6:20 petang kita orang kumpul balik. Masa aku berdiri tu aku rasa macam nak jatuh so Ketua Kompeni aku iaitu Aida suruh aku duduk tepi sebab kalau aku jatuh sapa nak angkat hoiii ? Aku pergi dewan makan dengan dipimpim dengan Puteri dengan Aina. Dahlah demam lepastu kena hyperventilate. Hyperventilate tu ialah
breathe or cause to breathe at an abnormally rapid rate, so increasing the rate of loss of carbon dioxide.

Kiranya terlebih sedut oksigen. Sampai ada kawan-kawan aku cakap "Patutlah kita orang tak cukup oksigen sebab kau dah sedut semua".  Macam pelik jugalah sebab aku pernah tengok orang tak cukup nafas je tak pernah nampak orang kena macam aku ni. Dah sampai medik ada MA(Medical Assistant) check suhu dan sebagainya. Masa it suhu aku 39.6 kalau tak silap. Tinggi gila. Dah siap check semua apa lagi masuk air lah. Sebenarnya aku memang nak rasa macam mana rasa bila masuk air. Nak masuk air it MA it tepuk tangan aku banyak kali sebab nak cari urat aku tapi tak jumpa-jumpa. Degil sangat urat aku ni. Hahah. Rupanya sakit jugaklah. Masa aku demam tu ramai yang jaga aku. Terutama sekali kawan-kawan dorm aku, A1. Thank you so much.

Ada sekali aku kena lagi hyperventilate tu. Sampai aku kena tidur dekat medik. Masuk air lagi. Tak sampai 2 jam cabut jarum kena lagi masuk jarum. Aku tidur ditemani kaunselor, nurse, Aida Dan Mark. Kesian dekat dia orang sebab kongsi katil. Dahlah tidur dalam kesejukan sebab pasang aircond. Balik dorm nak mandi dengan jarum dekat tangan memang nak gerakkan tangan memang terhad lah kan.

Masa majlis penutup aku pitam. Sekali lagi masuk van lepastu tak dapat nak join kawan-kawan ambil gambar. Sebab itulah muka aku ni tak ada dalam gambar majlis penutup. Majlis penutup waktu pagi. Petang pulak kita ber"party". It just minum petang. Jangan ingat kita orang berparty dalam kem pulak. Esoknya pulak hari terakhir kita orang bersama. Pukul 3.00 petang aku dah balik dah. Sebelum itu kita orang satu dorm peluk-peluk & cium-cium. Kawan-kawan aku kebanyakannya menangis. Aku ni susah nak menangis. Hati keras agaknya. Itu sajalah ceritanya.









Sekian.

Note : Lepas 2 bulan baru nak post. 

Saturday, 11 April 2015

Pengalaman di PLKN . Part 2

Assalamualaikum.
 Hari ni aku nak sambung balik cerita "Pengalaman di PLKN Part 2". Aku pun tak tahulah dah berapa lama aku tak buka blog in. Haha nak kata sibuk sangat tu takdelah tapi banyak benda yang aku kena buat. So sambungan tu aku mula dari sinilah.

Tibanya aku di Kem PLKN Jugra,Banting, aku pun turunlah dari bas dengan perasaan teruja dan takut. Takut sebab aku tak ada sesiapa pun yang boleh diharapakan dekat situ. Aku pergi tempat pendaftaran dengan mengangkat beg baju aku yang beratnya yang lebih berat dari satu beg beras. Aku rasalah. Sebab beg aku lagi berat daripada satu beg beras. Aku angkat dengan penuh kesabaran. Dah sampai dekat tempat pendaftaran , aku pun pergilah mendaftar.

Lepas tu cikgu dekat situ suruh aku pergi dewan makan. Dia suruh pergi minum dulu sebab masa tu masa minum pagi. So aku pergilah. Dah habis minum aku pergi dekat open hall, tempat pendaftaran tadi sebab nak ambil beg aku yang super super berat tu. Aku dengan kawan satu sekolah aku pergilah angkat beg nak bawa pergi masuk dorm. Cikgu cakap aku dapat dorm D1(Delta 1). So dorm D1 tu dekat hujung so aku angkat dengan semua tenaga yang aku ada.

 Dah masuk dalam dorm aku pun kemas baju masuk dalam locker. Katil pun aku siap pasang cadar. Dah masuk waktu zohor aku pun pergilah surau. Lepas solat zohor aku masuk dalam dorm balik sebab nak rehat. Lepastu ada pengumuman. Aku kena pergi open hall sebab nak check ada orang tukar dorm ke tak sebabnya kan kita orang ni tak kenal sesiapa pun dekat situ so maybe ada yang ikut kawan-kawan. 

Dah sampai dekat open hall cikgu suruh kita orang duduk dalam kompeni masing-masing. Aku pun pergilah duduk dekat kompeni Delta. Lepastu aku tanya cikgu sorang ni. Namanya cikgu tu Cikgu Dayang. Masa tu aku panggil akak sebab aku tak tahu nak panggil apa. Aku cakaplah yang ada cikgu dekat tempat pendaftaran ni suruh aku masuk kompeni Delta tapi nombor badan aku tulis aku kompeni Alpha. So Cikgu Dayang suruh aku pindah dorm. Aku cakap dalam hati "aduyai kena kemas barang lagi". Dah dengar taklimat semua pergilah minum petang.(kalau tak silaplah)

Lepastu habis minum petang aku balik dorm kemas-kemas barang. Aku angkat barang dari Delta ke Alpha. Hanya Allah yang tahu betapa beratnya beg aku. Tapi aku rasa menyesal sebab kenapalah aku bawa baju banyak-banyak. Dah sampai dorm Alpha 1 ,sekali lagi aku kemas baju masuk dalam locker. Lepas dah siap kemas semua ,aku baring je dekat katil. Nak borak tapi aku tak kenal sesiapa pun. Kalau ada dekat dorm Alpha 2 , dekat sebelah je tapi taknaklah kacau orang kan. Baring jelah dekat katil kononnya tidur. Tutup muka dengan kain tapi sebenarnya menangis. Kalau dah tak tahan sangat aku masuk bilik air buka air biar orang tak dengar aku nangis. Macam cerita dalam drama kan. Lepas beberapa hari dekat situ
barulah aku boleh bergaul dengan dia orang.





Gambar ni masa ada program. Kalau korang berjaya nampak aku korang dikira orang yang bagus. Kita orang dapat nombor 3. Aku jadi mc tau. Boleh lah aku mencari pengalaman. Takdelah gugup nak cakap depan orang ramai lagi. Ini jelah untuk  Part 2. Sekian.


   



                                              Akan bersambung.


Saturday, 21 February 2015

Pengalaman di PLKN. Part 1

Assalamualaikum.

Dah nama pun "Pengalaman di PLKN" jadi sekarang ni mestilah nak cerita tentang PLKN kan. Okay sebenarnya sebelum masuk PLKN ni aku rasa excited sangat- sangat. Masa check kemasukan PLKN ni aku berharap sangat yang aku dapat masuk. Lepas check dan dapat tahu yang aku dapat masuk PLKN ni aku dah terjerit-jerit dekat dalam rumah. Aku pergi dekat mak dengan ayah aku lepastu aku cakap yang aku dapat masuk PLKN. Nampak tak betapa terujanya aku nak masuk PLKN. Berdasarkan surat yang aku dapat, dia suruh pergi Stadium Jugra. Jadi aku pergilah Stadium Jugra pada 8.12.2014. Sampai je dekat Stadium Jugra, memang ramai orang. Nak cari tempat letak kereta memanglah susah. So letaklah dekat mana-mana tempat yang boleh. Turun je dari kereta aku dah macam , nak kena pergi mana ni ? Lepas tu aku pergi jalan ikut je orang yang bawa beg banyak-banyak ni. Lepas tu aku jumpa tempat pendaftaran. So aku daftar. Dah habis daftar dia suruh masuk dalam bas. Aku pergi dekat parent aku lepas tu aku cakap "Ayah jom masukkan beg dalam bas" ayah aku pun ikut je. Lepas tu aku cakap dengan parent aku yang aku nak masuk dalam bas. Ummi aku cakap "Tak nak peluk ummi ke ?" So aku peluk cium parent aku dan aku cuma cakap "bye". Bila aku masuk dalam bas, aku terus duduk dekat belakang pemandu sebab aku jenis yang pemalu bila berjumpa dengan orang yang aku tak kenal. Dalam masa 10 minit, bas pun bergerak menuju ke Kem PLKN Jugra, Banting. Masa aku dalam bas, aku tercari-cari mana parent aku. Sebab aku nak lambai-lambai sikit tangan aku ni dekat ummi dengan ayah aku. Walaupun aku dapat melambai dekat parent aku sekejap tapi hati aku rasa puas sebab dapat lambai. Itu sajalah untuk Part 1.