Sunday, 10 November 2013

Pengalaman

Assalamualaikum,


Sekarang tengah popular cerita hantu macam Highland Tower yang katanya seram sangat tu.Dah katanya seram sangat memang sah aku tak nak dan takkan tengok.Bila cakap pasal cerita hantu teringat masa umur 11 tahun(darjah 5) aku sendiri yang nampak hantu.Tak payah cakaplah apa perasaan masa tu, memang rasa tak percaya apa yang ada depan mata lepas tu bila rasa tak percaya aku tengok lagi, bila dah tengok memang sah lah mendalah tu.Bila dah nampak mendalah tu dalam hati cakap '' pergilah !!!''.Aku nampak mendalah tu dekat pokok pisang depan rumah nenek aku.Aku ''ter''nampak hantu 2 kali dekat tempat yang sama. Masa umur 11 tahun manalah aku tahu nak baca doa apakan.Bila dah besar(dalam hati cakap dah besar ke ?) baru tahu doa apa yang kita boleh baca bila berada dalam keadaan ni.

Ini doa yang boleh dibaca bila ada dalam keadaan aku tadi:


Doa halau hantu syaitan:

Bila kita terdengar suara hantu tapi belum nampak hantu itu, baca ayat ini, InsyaAllah tidak 

akan diganggu oleh hantu syaitan :


اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق و من شر شياطين و ان يحضرون

Sebutan : Au'zubikalimaatillahi taammaati minsyarrima khalaq, wamin syarri syayaatin wai'n yahdhurun

Maksud : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sangat sempurna dari segala 

makhluk (yang jahat) dan daripada syaitan (hantu) daripada mereka datang kepada aku.



Tapi bila hantu telah menjelma di hadapan kita, baca ayat ini 3 kali:

العنك بلعنة الله

Sebutan : Al laknuka bilaknatillah

Maksudnya : Aku laknat kamu dengan laknat Allah.



Kenalah hafal doa ni takkanlah bila dah nampak hantu baru nak cari dekat google doa ni kan.
Aku pun tengah nak menghafal doa ni,kalau-kalau ''ter''nampak lagi.
Selamat menghafal.