Saturday, 19 October 2013

Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,



Hari Raya Aidil Adha ataupun Raya Haji is celebrate on last tuesday(10 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan 13.10.2013).Mulanya memang malas dan malu nak pergi ke masjid sebabnya tak pernah pergi masjid untuk tolong masa kurban.Tapi disebabkan mak dah suruh pergi jelah kan.Datang tolong-tolong je.Sampai dekat masjid, aku dan adik ikut je belakang mak,walaupun umur dah 16 tahun tapi tetap ikut belakang mak(gelak sorang-sorang) sebabnya malu,datang masjid pun sebab:

  • ada majlis hari raya aidilfitri
  • sembahyang hajat(program sekolah)

Lepas tu,daftar(bagi nama),cari kerusi untuk duduk,duduk pun sebelah mak tak boleh nak berpisah.Mula-mula berborak lepas tu barulah potong sayur.Dah habis potong sayur adalah sorang pak cik ni dia letak organ dalaman lembu yang berdarah dan masih bergerak tu dekat depan aku.Dalam hati sabar jelah.Dahlah aku ni pening bila tengok darah.Tak kiralah darah manusia ke darah haiwan ke asalkan darah kalau ditengok lama-lama memang pening kepala lah.Lepas waktu zohor,barulah daging kurban diagihkan.Aku pun dapat. Terasa bangga bila dapat daging.Macam dunia aku yang punya(hahaha).Dan itulah pengalaman aku di Hari Raya Aidul Adha.

Sunday, 13 October 2013

Makanan

Assalamualaikum


Tajuk makanan,cerita pun mestilah ada kena mengena dengan makanan.Disebabkan ada seorang hamba Allah ni asyik masak menggunakan bahan yang sama iaitu ''AYAM'' pun dia nak kutuk.Sebab ayam je dia nak cari kesalahan orang lain.Salah ke dia nak masak,mana tahu kalau dia suka makan ayam ke ? Kan.Dah dia rasa nak makan makanan tu biar jelah.Lagipun bukannya kau yang masak,lainlah kalau kau yang masak.Lepas tu boleh pulak kau buat status ''Ke tk reti masak Selain masak ayam ? ?'' ni betul-betul ayat yang aku copy and paste.Kalaulah aku jadi akak yang masak ayam ni sah-sah orang yang buat status ni aku balas balik status dia.(kiranya fight baliklah) Makanan pun nak dijadikan isu.